RADIO DARULBAYAN

Rabu, 15 Julai 2009

SEKITAR PILIHANRAYA DUN MANEK URAI KELANTAN











keputusan pilihan raya dun manek urai kelantan

Rasmi 8.29 PM : PAS Menang Majoriti 64 Undi

KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS

5347
UNDI BN

5283
MAJORITI 64
JUMLAH UNDI ROSAK 90
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 746 (87.42%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)

Ahad, 14 Jun 2009

FULL SIAP FULL SIAP emi_ariyani

PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN dbc2704

Selasa, 26 Mei 2009

HATI-HATI DENGAN TAKTIK KAFIR

JANGAN TERPEDAYA DENGAN HELLAH KUFFAR...

www.answering-islam.org

www.aboutislam.com

www.thequran.com

www.allahassurance.com

SitE-sitE tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang senantiasa kemaruk menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam.Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara Muslim di dunia. Selalu berwaspada..

PERINGATAN PENTING BUAT SEMUA

Daripada AIshah r.a berkata : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bg ibu bapanya)dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas)dan akan bertambah ramai org yg tercela dan akan berkurangan org yg baik,dan anak2 menjadi berani melawan org2 tua dan org2 jahat berani melawan org2 baik”.-H.R.Thbarani

Isnin, 2 Mac 2009

Siapakah Sisters in Islam?(Part 1)

ISU KONTEMPORARI PENGAJIAN TAFSIR
Satu Kajian Terhadap Sisters In Islam ; Penyelewengan Tafsir Terhadap Ayat-ayat al-Qur’an.

1.0 Pengenalan Sisters In Islam

SIS telah diasaskan oleh Dr. Amina Wadud pada tahun 1988. Ketika itu beliau adalah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang Teologi. Seramai 6 orang wanita muslim yang prihatin terhadap permasalahan wanita telah bersatu hati membentuk jawatankuasa ketika awal penubuhan SIS iaitu Dr. Amina Wadud, Zainah Anwar, Salbiah Ahmad, Sharifah Zuriah, Rashidah Abdullah dan Ros Ismail. Pada tahun 1991, SIS telah didaftarkan sebagai NGO di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad di bawah seksyen non profit (tiada keuntungan). Nama SIS digunakan secara komersil dalam urusan penyiaran tetapi mereka menggunakan nama syarikat bagi urusan rasmi. [1]

Pada asalnya SIS dikenali sebagai Puteri Islam. Memandangkan gerak kerja mereka melewati sempadan negara hingga ke negara barat, mereka telah bersepakat untuk menamakan Puteri Islam sebagai Sisters In Islam supaya tampak lebih global. Para wartawan pernah mencadangkan nama Daughter Of Islam sebagai terjemahan kepada Puteri Islam. Nama tersebut pernah tersiar hanya beberapa kali di dalam akhbar, namun SIS lebih menyukai nama Sisters In Islam.[2]

SIS ditubuhkan atas persepakatan golongan professional wanita yang banyak terlibat dengan permasalahan wanita seperti ibu tunggal. Oleh kerana pada ketika itu belum lagi wujud pertubuhan wanita yang membela kaum wanita dan menegakkan hak-hak mereka, pengasas SIS rasa bertanggungjawab untuk mewujudkan pertubuhan tersebut. Antara sebab-sebab utama tercetusnya idea penubuhan SIS ini ialah : [3]
a. Apabila banyak rungutan daripada wanita tentang kes-kes yang tertangguh dan tidak mendapat keadilan yang sewajarnya daripada Mahkamah Syariah khususnya dalam hak-hak wanita berkaitan undang-undang kekeluargaan Islam.
b. Beberapa persoalan yang timbul melibatkan diskriminasi gender, keganasan rumahtangga dan sebagainya yang difokuskan kepada keutamaan dan pembelaan ke atas wanita.

Penubuhan SIS di dorong oleh pertubuhan wanita yang bertapak di Indonesia yang dikenali sebagai RAHIMA. SIS secara tidak langsung mengikut acuan yang telah dibentuk oleh RAHIMA sebagai asas bagi memulakan gerakan wanita di Malaysia. Berbekalkan keyakinan dan keazaman, SIS berjaya menggerakkan pertubuhan tersebut hingga ke hari ini. Mereka kini semakin mendapat kepercayaan samada masyarakat Malaysia mahupun antarabangsa. Suara mereka kini semakin lantang mempertahankan hak-hak wanita supaya wanita tidak dizalimi dan dianiayai.

Bagi bahagian projek pula, SIS mempunyai 4 bahagian dan setiap bahagian mempunyai seorang pegawai yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Bahagian tersebut meliputi : [4]

a. Bahagian Penyelidikan
Di bahagian ini, pegawai tersebut bertanggungjawab untuk menjalankan kajian mengenai isu-isu semasa yang menyentuh tentang hak-hak wanita. Kajian tersebut dilakukan mengikut metodologi kajian yang telah ditetapkan oleh SIS. Dalam kajian tersebut SIS tidak mengenepikan pendapat Sarjana Islam Moden dan hasil tulisan Ulama’-Ulama’ terkini. Hasil kajian tersebut akan disiarkan di dalam akhbar, kertas-kertas persidangan, diskusi ilmu sesama ahli dan sebagainya.

b. Bahagian Pendidikan Awam
Bahagian Pendidikan Awam bertanggungjawab untuk mengadakan latihan kepada ibu-ibu tunggal, wanita dan sasaran akan datang ialah remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Latihan tersebut berbentuk forum, diskusi, bengkel, seminar dan kem motivasi. Sasaran akan diperkenalkan tentang undang-undang kekeluargaan dan undang-undang lain yang berkepentingan.

Selain itu sasaran juga diterapkan nilai-nilai kepimpinan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dan mampu merancang aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Pendedahan ini terbukti berjaya mewujudkan kesatuan dan kekuatan di kalangan wanita-wanita yang teraniaya.

c. Bahagian Advokasi dan Pembaharuan Undang-undang

Pegawai yang bertugas pada bahagian ini bertanggungjawab sepenuhnya pada aspek undang-undang kekeluargaan dan yang berkaitan. Beliau perlu mengenalpasti klasifikasi undang-undang, impak pelaksanaan sesuatu undang-undang dan cara pembelaan sekiranya menghadapi tindakan mahkamah. Beliau menjadi rujukan kepada mana-mana individu yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan prosedur undang-undang.

Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mengendalikan “Undang-undang dan Anda” Akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Jumaat. Setiap persoalan yang ditimbulkan oleh pembaca sekiranya mudah, akan dijawab terus oleh pegawai berkenaan. Sekiranya solan tersebut agak sukar dan memerlukan penghuraian yang panjang, maka SIS akan mendapatkan perkhidmatan percuma (free service) daripada pakar undang-undang.

d. Bahagian Sumber dan Perpustakaan

Untuk bahagian ini, pegawai program diamanahkan untuk menyelenggarakan laman web SIS dan e-mail. SIS akan sentiasa mengemaskinikan laman webnya supaya pembaca dapat maklumat secara cepat dan segar. Sebarang masalah yang timbul, pembaca dapat menghantar atau mengirimkan soalan tersebut melalui e-mail kepada SIS. Dengan ini, hubungan dua hala secara tidak langsung dapat diwujudkan.

Selain itu, pegawai berkenaan turut ditugaskan untuk menerbitkan buku-buku yang dihasilkan oleh penulis tempatan dan luar negara. Ada ketikanya bahagian ini bertindak sebagai penterjemah kepada hasil tulisan mereka, kerana kebanyakan buku yang ditulis oleh penulis luar adalah dalam bahasa Inggeris. Sekiranya tidak ada hasil tulisan daripada penulis, SIS akan membukukan isi-isi dan kenyataan penting kertas kerja seminar dan forum. Bermula dari peringkat menyediakan bahan penulisan hinggalah kepada proses percetakan adalah menjadi tanggungjawab pegawai berkenaan.

1.1 Objektif utama Sisters In Islam ialah :
1. Menegakkan dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita.
2. Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki.
3. Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.[5]

1.2 Misi Sisters In Islam ialah:

Untuk meningkatkan kesedaran mengenai prinsip-prinsip Islam yang sebenar, prinsip-prinsip yang memuliakan konsep kesaksamaan di antara wanita dan lelaki, berjuang ke arah pembentukan masyarakat yang mendokong prinsip-prinsip Islam seperti kesaksamaan, keadilan, kebebasan dan martabat dalam negara demokrasi. [6]


1.3 Aktiviti Sisters In Islam
a)Penglibatan dalam masyarakat

Masyarakat Islam khususnya wanita perlu diberi kefahaman yang jelas tentang undang-undang dan hak-hak mereka dalam masyarakat. Atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab, SIS telah melibatkan diri dalam masyarakat yang pelbagai seperti ibu tunggal, remaja, wanita professional dan golongan pelajar.
b)Perhubungan Antarabangsa

Sumbangan SIS terhadap wanita bukan sahaja di tanahair Malaysia, malah SIS terus melebarkan sayapnya hingga ke serata dunia khususnya negara-negara Islam. Bagi memantapkan misi perjuangan, SIS seringkali mengadakan pertemuan dan perjumpaan dengan aktivis-aktivis kemasyarakatan negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Afrika, Mesir, Jordan, Amerika dan lain-lain lagi.

c)Sumbangan di dalam Media Massa

Sehingga kini, SIS telah mendapat kepercayaan penuh oleh Utusan Malaysia untuk mengendalikan ruangan “Undang-Undang dan Anda” pada setiap hari Jumaat. Sekiranya SIS tidak berkesempatan untuk menyuarakan pandangan terhadap sesuatu isu, pihak media sering bertanyakan pendapat SIS melalui telefon. Ini menunjukkan bahawa SIS dijadikan rujukan oleh media dan ini merupakan satu penghormatan yang baik. Di antara akhbar yang sering menyiarkan artikel SIS ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, The Sun dan New Straits Times.

Penubuhan SIS adalah semata-mata atas rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa-mangsa perceraian dan ketidakadilan bagi suami yang berpoligami. Memandangkan pada ketika itu belum lagi wujud pertubuhan yang membela kaum wanita, maka SIS bersama beberapa orang wanita professional telah bersatu hati menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan ini. [7]
[1] http : // www.sistersinislam.org
[2] Shadiya Abbas, Peranan Sisters In Islam Dalam Membela Kaum Wanita : Satu Tinjauan Dari Sudut Aqidah, Latihan Ilmiah Sarjana Muda Usuluddin, Sesi 2002/2003, hlm. 38
[3] Ibid, hlm. 39
[4] Ibid, hlm. 41-42
[5] Ibid, hlm. 44-45
[6] Ibid, hlm. 47

SURAH AL-HUJURAT

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

BELAJAR CARA BELAJAR

teks ucapan

Isnin, 23 Februari 2009

HIJRAH RASULULLAH S.A.W DAN REALITI SEMASA

Pada setiap permulaan tahun baru hijrah, dunia Islam biasanya menyambut perayaan maal hijrah mengambil sempena hijrah Rasulullah s.a.w dari al-Makkah al-Mukarramah ke al-Madinah al-Munawwarah. Hijrah nabi ini bukan semata-mata proses perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, atau satu keadaan ke satu keadaan yang lain, sebagaimana difahami kebanyakan orang, bahkan ianya adalah satu manifestasi perubahan sesebuah masyarakat untuk mencapai atau menggapai kemuliaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Selepas tempoh tertentu Rasulullah s.a.w bermukim di Madinah, baginda telah menubuhkan kerajaan Islam yang memerintah berpandukan ajaran al-Quran dan as-Sunnah, walaupun pada waktu itu dunia diperintahkan oleh dua kuasa besar, Rom dan Parsi. Kerajaan yang baru ditubuhkan itu mampu menggugat kuasa kekuatan Kaisar Rom dan Kisra Parsi.
Hijrah merupakan sunnah para anbia’ dan du’at, tiada nabi yang tidak melakukan proses hijrah demi memperkenal dan mengembangkan agama yang suci lagi benar, bermula dari nabi Adam sehinggalah kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Sebelum kita menyebut tentang pengajaran yang dapat dikutip dari peristiwa penghijrahan yang berlaku dan menjadikannya sebagai cerminan hidup kita dewasa ini, elok rasanya kita menyingkap tirai sejarah peristiwa hijrah yang dikisahkan oleh al-qur’an yang maha suci terlebih dahulu.
Penghijrahan nabi Adam dan isterinya Hawa dari syurga setelah mereka berdua melanggar larangan Allah untuk tidak memakan buah dari pohon tertentu yang menyebabkan mereka diturunkan ke bumi. Firman Allah Taala :
قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Kami berfirman lagi : Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari Aku ( melalui para rasul dan kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka ), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan ( dari sesuatu yang tidak baik ) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al-Baqarah : 38).
Penghijrahan nabi Nuh bersama-sama pengikutnya yang sedikit dengan sebuah bahtera yang dibina diatas bukit dan mengikut haluan bahtera yang telah ditakdirkan Allah Taala.Allah berfirman :
حَتَّى إِذَا جَاءَ أَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّورُ قُلْنَا احْمِلْ فِيهَا مِنْ كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَأَهْلَكَ إِلَّا مَنْ سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ وَمَنْ آمَنَ وَمَا آمَنَ مَعَهُ إِلَّا قَلِيلٌ * وَقَالَ ارْكَبُوا فِيهَا بِاسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
( Nabi Nuh terus bekerja ) sehingga apabila datang hukum kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi ( yang menandakan kedatangan taufan ), Kami berfirman kepada nabi Nuh : Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan ( jantan dan betina ), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab keatasnya ( disebabkan kekufurannya ), juga bawalah orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya melainkan sedikit sahaja. (Hud:40,41).
Penghijrahan nabi Ibrahim dan sepupunya Luth dari Iraq ke Syam. Firman Allah:
وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ
Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke negeri yang telah Kami limpahkan barakah padanya untuk umat manusia. (al-Anbia’: 71).
Penghijrahan nabi Ibrahim bersama anaknya dan isteri tercinta ke semenanjung tanah Arab. Firman Allah Taala :
رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
Wahai tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku disebuah lembah ( tanah suci makkah ) yang tidak ada tanaman padanya, disisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai tuhan kami! ( mereka ditempatkan disitu ) supaya mereka mendirikan sembahyang ( dan memakmurkannya dengan ibadat ). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik dan gemar kepada mereka, ( supaya datang beramai-ramai kesitu ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka, dari berbagai-bagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman semoga mereka bersyukur. (Ibrahim:37).
Penghijrahan nabi Yunus dengan bahtera dari daerah “Nainawa”. Allah berfirman :
وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Dan ( sebutkanlah peristiwa ) zin nun, ketika ia pergi ( meninggalkan kaumnya ) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan ( setelah berlaku keatasnya apa yang berlaku ) maka ia pun menyeru dalam keadaan gelap gelita dengan berkata : Sesungguhnya tiada tuhan yang dapat menolong melainkan Engkau ya Allah. Maha suci Engkau ( dari melakukan aniaya! Toonglah daku )! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (al-Anbia’: 87).
Penghirahan nabi Yusuf ke Negara Mesir. Firman Allah Taala:
ووَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ
Dan ( setelah berlaku perundingan ) mereka menjual Yusof dengan harga yang murah, beberapa dirham sahaja bilangannya dan mereka adalah dari orang-orang yang tidak menghargainya. (Yusuf: 20).
Penghijrahan nabi Yaakub dan anak-anaknya dari Syam ke bumi Mesir selepas yakin bahawa anaknya yang hilang dahulu itu (Yusuf) ada di sana dan beliau teringin untuk menemuinya. Allah berfiman :
ققَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ * اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَذَا فَأَلْقُوهُ عَلَى وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيرًا وَأْتُونِي بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ
Yusuf berkata : Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan ( tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu ), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan dialah jua yang amat mengasihani yang segala yang lain yang mengasihi. Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan ia pada muka bapaku, supaya ia dapat melihat dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu sekaliannya (Yusuf:92,93).
Penghijrahan nabi Musa dari Negara Mesir ke daerah Madyan dimana baginda telah membunuh seorang lelaki berbangsa qibti. Firman Allah Taala :
ففَخَرَجَ مِنْهَا خَائِفًا يَتَرَقَّبُ قَالَ رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Maka Musa keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil mendengar-dengar ( berita mengenai dirinya ) serta berdoa dengan berkata : Wahai tuhanku! Selamatkanlah daku dari kaum yang zalim . (al-Qosos:21).
Penghijrahan nabi Musa dari daerah Madyan kembali ke kampung halamannya Mesir. Firman Allah :
ففَلَمَّا قَضَى مُوسَى الْأَجَلَ وَسَارَ بِأَهْلِهِ آنَسَ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ نَارًا قَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آنَسْتُ نَارًا لَعَلِّي آتِيكُمْ مِنْهَا بِخَبَرٍ أَوْ جَذْوَةٍ مِنَ النَّارِ لَعَلَّـكُمْ تَصْطَلُونَ
Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu, dan ( mendapat izin ) berjalan dengan isterinya ( kembali ke Mesir ), ia melihat ( dalam perjalanan itu ) api dari sebelah gunung tursina. ( ketika itu ) berkatalah ia kepada isterinya : Berhentilah; Sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawakan kepada kamu sesuatu berita dari situ, atau sepuntung dari api itu, supaya kamu berdiang. (al-Qosos: 29).
Penghijrahan nabi Musa dari negara Mesir ke Palestin bersama Bani Israil. Firman Allah Taala:
ييَا قَوْمِ ادْخُلُوا الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوا عَلَى أَدْبَارِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ
( Nabi Musa berkata lagi ): Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci ( Palestin ) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu ( memasukinya ): dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, ( kalau kamu undur ) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi ( di dunia dan akhirat ). (al-Maidah: 21).
Penghijrahan beberapa orang remaja (ashaabul kahfi) yang mana mereka telah lari dari kerajaan demi menjaga aqidah yang suci. Firman Allah Taala:
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
( Ingatkanlah peristiwa ) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai tuhan Kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinnya kepada kami untuk keselamatan agama kami. (al-Kahfi: 10).
PERISTIWA HIJRAH DALAM HIDUP RASULULLAH S.A.W
Rasulullah s.a.w turut mengalami pelbagai peristiwa yang memberi tekanan keatas baginda, sebagaimana berlaku kepada para rasul sebelumnya. Dan secara khusus, peristiwa hijrah yang berlaku dalam hidup Rasulullah s.a.w. Ianya boleh dibahagikan kepada tiga peringkat :
Peringkat pertama ; Hijrah para sahabat baginda ke negara Habsyah yang berlaku sebanyak dua kali.
Peringkat kedua ; Hijrah Rasulullah s.a.w ke negeri Ta’if.
Peringkat ketiga ; Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda ke al-Madinah al-Munawwarah.
Disini kita boleh mengambil beberapa pengajaran dari pemilihan Rasulullah s.a.w negara Habsyah sebagai lokasi untuk proses penghijahan yang pertama, dan pemilihan al-Madinah al-Munawwarah sebagai lokasi yang terkemudian, pemahaman tersebut boleh diadaptasikan dalam proses kehidupan kita pada hari ini. Pemilihan Rasullullah s.a.w negara Habsyah sebagai lokasi hijrah yang pertama bagi para sahabat baginda : Baginda Rasullullah s.a.w tidak memilih Habsyah sebagai lokasi hijrah para sahabatnya tanpa sebab, bahkan ada di sana kriteria-kriteria yang memungkinkan pemilihan tersebut, kenapa baginda tidak memilih negara Mesir, Iraq, Parsi atau Syam. Ini menunjukkan bahawa baginda telah mempunyai beberapa maklumat yang penting mengenai negara Habsyah, sebab itulah baginda berkata kepada para sahabatnya : ( Jikalau kamu semua berhijrah ke negara Habsyah sesungguhnya disana terdapat seorang raja yang baik dan negara itu pula diperintahkan dengan ajaran yang benar serta disitu juga boleh menjadi tempat untuk kamu mencari perlindungan ) Ucapan baginda Rasulullah s.a.w ini menunjukkan bahawa baginda tahu tentang negara tersebut serta tahu tentang pemerintahnya yang adil, disamping sedikit informasi tentang suasana politik, geografi dan situasi semasa negara tersebut. Proses penghijrahan para sahabat ke Habsyah disebabkan beberapa faktor, antaranya :
1- Tekanan yang berat yang menimpa orang Islam di bumi makkah menyebabkan mereka keluar darinya. Dengan jumlah seramai 83 orang muslimin dan 19 orang muslimat (bilangan yang boleh dianggap besar), maka mereka telah membentuk satu perkumpulan masyarakat Islam yang besar selain yang terdapat di bumi makkah, ini amat sesuai untuk menyebarkan ajaran Islam secara berkumpulan.
2- Kefahaman kepada sabda nabi Muhammad s.a.w (dan ia adalah bumi yang penuh dengan kebenaran), menunjukkan kepada kita bahawa raja an-Najasyi beriman dengan ajaran nabi Isa alaihissalam, menganut ajaran nasrani yang tulen lagi benar. Tahu tentang kebangkitan nabi akhir zaman melalui kitab suci injil yang dianutinya. Keikhlasannya dalam pegangan agama terserlah ketika beliau bersetuju untuk memberi perlindungan kepada para sahabat Rasulullah s.a.w yang telah berhijrah ke sana.
3- Tahap keimanan (kepercayaan) yang tinggi dikalangan para sahabat Rasulullah s.a.w yang membolehkan mereka meninggalkan tanah air dan harta benda tercinta berhijrah ke sebuah negara asing, yang bertujuan untuk mendapatkan pertolongan disamping memperteguhkan keazaman dalam usaha meneruskan aktiviti dakwah.
4- Ada ruang dan peluang untuk berdakwah dan menyebarkan agama Islam kepada golongan yang beriman dengan kitab suci taurat dan injil, dan mereka tahu tentang nabi yang akan dibangkitkan sebagai utusan terakhir umat manusia melalui kitab suci tersebut. Rombongan para sahabat ini diketuai oleh Jaafar ibnu Abi Talib r.a, beliau telah menggunakan ruang dan peluang yang ada ini dengan menjelaskan kepada raja an-Najasyi tentang perbezaan antara agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dengan ajaran Jahiliah yang dipraktikkan oleh masyarakat makkah, penerangan yang diberikan oleh beliau membawakan kepada pengIslaman an-Najasyi dan sebahagian yang lain bangsa Habsyah, dan ada diantara mereka yang mengunjungi Rasulullah s.a.w selepas suatu ketika.
5- Rasulullah s.a.w tidak memilih negara Yaman atau al-Madinah al-Munawwarah sebagai lokasi hijrah yang pertama, walaupun jaraknya lebih dekat dengan kota Makkah, ini atas sebab keselamatan dimana kedua-dua lokasi tersebut didiami oleh golongan penyembah berhala dan golongan Yahudi, berkemungkinan besar para sahabat yang berhijrah ini akan ditimpa bencana dilokasi tersebut. Selain itu juga, Rasulullah s.a.w amat tahu tentang raja an-Najasyi yang memerintah dengan adil berpandukan ajaran injil, akan berbuat baik kepada para sahabat baginda.
Dari kesemua faktor diatas, dapat kita simpulkan bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda mempunyai perancangan yang amat teliti dalam menyusun strategi dakwah, dalam konteks hijrah sebagai langkah alternatif dakwah mereka, pemilihan negara Habsyah sebagai lokasi hijrah dikira amat tepat sebagai perancangan dan penghijrahan Rasulullah s.a.w ke al-Madinah al-Munawwarah.
Pemilihan Rasulullah s.a.w keatas al-Madinah al-Munawwarah sebagai lokasi hijrah seterusnya, langsung mendirikan kerajaan Islam yang pertama, menunjukkan kepada kita Rasulullah s.a.w mempunyai perjalanan kerja yang hebat, disamping kajian tersendiri yang baginda lakukan keatas golongan ansar. Ini boleh difahami dengan termeterainya dua perjanjian Aqabah yang dilakukan sebelum itu di bumi Makkah, serta penghantaran Mus’ab ibnu Umair ke al-Madinah sebagai pendakwah yang sekaligus bertindak sebagai pengarah untuk membuat persediaan kearah membentuk daulah Islamiah.
Perancangan Rasulullah s.a.w untuk menubuhkan daulah Islamiah telah ada sebelum proses hijrah berlaku, dengan membentuk carta organisasi yang terdiri dari beberapa orang sahabat baginda yang cukup berpengalaman dalam pengurusan, diantara agenda yang telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w dalam perancangan ini ialah seperti berikut :
1- Menyuruh Saidina Ali untuk tidur di tempat tidur baginda dan berselimut dengan selimut baginda, ini sebahagian dari perintah Allah kepada baginda. Ini juga merupakan sebahagian dari tanggungjawab seorang pemimpin untuk menjayakan misinya. Perbuatan baginda ini telah menempelak musuh yang menyangka Rasulullah s.a.w seorang yang tidak bijak dalam bertindak. Kalau diamati sedikit kepada perbuatan baginda ini, berkemungkinan kita terfikir adakah baginda tidak bercaya kepada Allah untuk menjaga baginda dari musuh, jawapan yang jelas adalah tidak.
2- Keluar pada waktu siang : Tindakan Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya ke rumah Saidina Abu Bakar pada siang hari, waktu dimana penduduk Makkah sedang berehat di dalam rumah kerana keadaan diluar yang amat panas, maka baginda dapat melindungi diri dari pandangan mata penduduk.
3- Keluar melalui pintu kecil – lorong kecemasan - dari rumah Saidina Abu Bakar. Dipercayai rumah beliau dikawal sekeliling, maka keluar melalui lubang rahsia yang jauh dari kawalan musuh adalah jalan yang paling selamat.
4- Mencari perlindungan di dalam gua : Rancangan jahat musyrikin Makkah untuk membunuh Rasulullah s.a.w pasti dirancang dengan teliti lagi rapi. Untuk itu, sebarang jalan atau denai yang menuju keluar dari makkah pastinya di sekat, maka mencari tempat perlindungan sementara adalah perlu dan ianya adalah sebahagian dari strategi Rasulullah s.a.w.
5- Gua Thur terletak berlawanan dengan jalan menuju Madinah : Jelas disini kehebatan Rasulullah s.a.w dalam merancang perjalanan, dimana gua Thur yang terletak di selatan Makkah itu tidak menghadap kearah jalan menuju ke Madinah, langsung tidak memberi curiga kepada askar-askar yang mencari mereka.
6- Mengetahui berita dari Makkah : Saidina Abu Bakar telah memerintahkan anak lelakinya yang bernama Abdullah supaya mendapatkan sebarang berita dan maklumat dari Makkah pada siang hari, dan melaporkan kepadanya pada malam nanti. Mengetahui berita dan maklumat dari musuh ( mengenai perancangan, rahsia dan jangkaan tindakan mereka ) adalah perlu kerana dari maklumat itulah Rasulullah s.a.w dapat merancang sebarang tindakan yang sewajarnya untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Tindakan yang akan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adalah berdasarkan realiti yang berlaku pada pihak musuh, bukan dari andaian dan percaturan yang tidak berasas yang berkemungkinan salah atau betul. Corak ke”pemimpin”an yang ditunjukkan oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w dalam situasi ini cukup hebat untuk diperkatakan, dimana baginda dapat mengetahui keadaan musuh, strategi mereka yang membolehkan baginda membuat tindakbalas yang cukup ampuh sebagai jalan penyelesaian.7- Menjamin bekalan makanan : Sudah menjadi tugas Asma’ bintu Abu Bakar untuk membawa bekalan makanan kepada Rasulullah s.a.w dan ayahandanya Abu Bakar ketika mereka memerlukannya, jikalau putus bekalan makanan ini nescaya mereka berdua berada dalam masalah. Kita boleh membuat gambaran tentang usaha dua beradik ini yang amat bersungguh-sungguh dalam melancarkan misi dakwah, bekalan maklumat dan bekalan makanan dari dua individu yang berlainan.
8- Menghapuskan jejak : Saidina Abu Bakar telah memerintahkan hambanya Aamir ibn Fuhairah untuk membawa ternakan ke padang ragut kemudian melalukannya di jalan yang dilalui beliau dan Rasulullah s.a.w serta jejak yang dibuat oleh dua beradik tadi. Tindakan ini bertujuan menghapuskan jejak dan kesan yang ditinggalkan mereka.
9- Terus berlindung dalam gua selama tiga hari : Rasulullah s.a.w merasakan tindakan keluar dari gua dalam tiga hari awal itu akan memberi kesusahan kepada mereka.
10- Mengambil manfaat dari pengalaman golongan musyrikin : Rasulullah s.a.w mengupah seorang musyrikin yang boleh dipercayai yang bernama Abdullah ibn Uraiqit sebagai penunjuk jalan kepada Baginda dan Abu Bakar untuk sampai ke Madinah.
11- Jalan menuju negara Yaman : Haluan pertama yang dilalui oleh rombongan ini ialah arah selatan yang menuju ke Yaman, kemudian beralih ke sebelah barat yang menuju ke laut, seterusnya mereka menyambung perjalanan melalui jalan asing menuju Madinah yang tidak pernah dilalui sesiapa pun.

Selamat Pengantin Baru.. Ustaz Mohd Nazri Husin




13 Disember 2008 - Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ustaz Mohd Nazri Husin, bekas siswa KIAS Jabatan Syariah 2001-2004 yang telah mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya di Kg Padang Embon, Tendong, Pasir Mas hari ini. Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ustazah Roizah binti Ismail. Nazri yang merupakan graduan Syariah Universiti al-Azhar Mesir dan bekas pimpinan PMKIAS kini bertugas sebagai guru J-Qaf di Tanah Merah manakala isterinya yang berasal dari Labok, Machang juga merupakan guru J-Qaf di Sekolah Kebangssan Kampung Laut, Tumpat. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin ini.

Selamat Pengantin Baru.. Ustaz Hafiz Mahmud dan Ustazah Siti Ruhani


20 Disember 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang bekas pelajar KIAS, Ustaz Mohd Hafiz bin Mahmud dan pasangannya Ustazah Siti Ruhani binti Abd Samat yang telah mendirikan rumah tangga hari ini. Ustaz Hafiz merupakan siswa Maahad Dakwah wal Imamah (sebelum ditukar kepada KIAS) sesi 1999/2002 manakala Ustazah Siti Ruhani pula siswi Diploma Usuluddin 2000/2003. Kedua-dua mereka merupakan bekas pimpinan PMKIAS di mana Ustaz Hafiz merupakan bekas presiden PMKIAS sesi 2000/2001 dan isterinya bekas exco PMKIAS 2001/2002. Ustaz Hafiz yang juga merupakan bekas Yang di Pertua KPKM Mesir kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah YIK di Pasir Puteh manakala Ustazah Siti Ruhani juga bertugas sebagai guru YIK di Gua Musang. Majlis kesyukuran telah diadakan hari ini di rumah Siti Ruhani di Kg Pangkal Gong, Pulai Chondong. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini

YAB Nizar Tidak Sesuai Menjadi Calon Di Bukit Gantang

Apabila DAP dan beberapa pihak dari dalam PAS sendiri mengeluarkan cadangan bahawa calon yang paling sesuai untuk diketengahkan di PRK Bukit Gantang nanti ialah YAB Ir Nizar Jamaluddin, ia kelihatan sebagai satu cadangan yang baik. Apatah lagi di tengah-tengah kemelut kerajaan haram yang tertegak di Perak, langkah mengetengahkan Nizar dianggap sebagai langkah terbaik menguji sokongan rakyat Perak terhadap Pakatan Rakyat.

Namun, sekali lagi nampaknya YAB Tuan Guru Nik Aziz melontarkan pandangan bernasnya. Menurut laporan Buletin Utama TV3 malam tadi, Nik Aziz berpandangan langkah demikian tidak sesuai kerana Nizar merupakan seorang menteri besar dan tentu sekali dengan bertanding di kawasan parlimen akan menyebabkannya kehilangan sedikit tumpuan dari tugasnya yang asal.

Pandangan saya, YAB Tuan Guru sebenarnya ingin menyebut kepada umum bahawa Nizar masih tetap seorang MB dan PAS serta rakyat jelata sama sekali tidak akan mengiktiraf kerajaan haram UMNO di Perak yang didirikan di luar daripada pagar perlembagaan dan undang-undang negeri. Oleh itu, Nizar bukan bekas MB, beliau masih seorang MB. Manakala Zambry mungkin lebih teruk daripada Awang Adek di Kelantan yang hanya sekadar mengangkat sumpah di tepi jalan sebelum pilihan raya umum yang lalu. Zambry pula mengangkat sumpah haram di dalam istana.

Saya sependapat dengan Tuan Guru, meletakkan Nizar sebagai calon PRK Bukit Gantang seolah-olah ingin memberitahu kepada umum bahawa kita telah menerima hakikat bahawa Nizar sudah dilucutkan jawatan. Apa pun yang berlaku, beliau tetap merupakan MB. Biar sejarah akan menghakimi apa yang dilakukan oleh pengkhianat-pengkhianat undang-undang pada hari ini. Kalau Tun Salleh Abas dan rakan-rakan pun dibersihkan juga nama mereka sekalipun selepas dua dekad, maka apa peliknya kalau satu hari nanti Nizar juga akan mendapat keadilan.

Kecuali… UMNO dan PAS masing-masing memeterai perjanjian, bahawa UMNO akan meletakkan MB haram, Zambry sebagai calon manakala PAS meletakkan MB Halal, Ir. Nizar, mungkin boleh dipertimbangkan.

ALHAMDULILLAH KINI DAH JADI PENDIDIK

mula berkhidmat pada 2 februari 2009.syukur pada ilahi kerana diberi peluang menjadi pendidik...kini dah bergelar guru...

Selasa, 9 Disember 2008

REFORMASI FATWA ROKOK:DULU KHILAF KINI IJMAK

” Siri Artikel yang mendepani beberapa kekeliruan umat Islam terhadap polimek hukum rokok, khususnya mereka yang tegar mempertahankan hukum rokok berdasarkan sangkaan nas semata-mata dengan mengenepikan pandangan saintifik ”

Siri 1: Fikrah Perokok Terumbang-ambing Antara Mistik, Imperalisme dan Kapitalisme

SELAMA 16 KURUN lamanya umat Islam “buta tembakau”. Umat Islam tidak tahu langsung apa itu tembakau, bagaimana pokok, daun dan batangnya serta untuk apa tembakau itu boleh digunakan. Sepanjang tempoh itu umat Islam bersih dari usaha pendapatan penanaman tembakau dan pencemaran asapnya.

Sementara itu, walaupun mereka bebas dari fenonema tembakau tetapi mereka menghadapi zaman kemunduran. Rata-rata kedudukan politik, ekonomi dan sosial umat Islam pada waktu itu berada pada tahap sangat daif; semakin menurun hari demi hari. Mereka hidup dalam kejumudan, kepompong taklid buta, kegelapan politik dan ketidakstabilan sosial. Tetapi, malangnya umat Islam terus lena diulit ilusi kegemilangan Islam lampau.

Manakala masyarakat barat sebaliknya, di mana mereka menemui sentuhan ketamadunan moden. Selepas keperitan dan pengajaran perang Salib yang berlanjutan hampir 200 telah mengalihkan strategi mereka 180 darjah ke arah pembangunan dalaman, penguasaan ekonomi melalui penemuan-penemuan baru. Mereka nekad menerobos sempadan sejarah gelap ke alam pencerahan dan realiti masa depan yang gemilang walaupun terpaksa bermula dari bawah.

Rentetan penemuan demi penemuan dicapai yang membawa kepada penemuan tembakau pada akhir kurun ke-14 menjadikan gelombang penguasaan ekonomi global kian realistik. Sejak itu, dunia Eropah telah berkembang pesat dengan industri tembakau yang diterajui monopoli kapitalis. Masyarakat barat telah diselubungi fenonema ini selama 200 tahun sebelum merebak ke dunia umat Islam.

Penemuan sejarah mencatatkan penemuan awal rokok dari mitos mistik orang-orang asli benua Amerika. Orang Indian ini menghisap rokok untuk mendapatkan asapnya bagi tujuan pemujaan ruh baik dan menghindarkan ruh jahat.

Menurut catatan “Wikipedia” sewaktu Colombus dan kelasinya menemui pulau Bahamas pada tahun 1429, mereka melihat orang-orang Indian yang memegang sesuatu yang bernyala dan mengeluarkan asap di hujungnya. Mereka menghisap benda itu dan menghembuskan asapnya dengan menggunakan alat seperti paip. Mereka meletakkan tembakau di dalam lubang paip dan menyalakannya untuk mendapatkan asap.

Mereka melakukan demikian kerana berpegang kepada kepercayaan interaksi ghaib ruh baik dan ruh jahat. Mereka sentiasa melakukannya sebagai upacara suci bagi mendapatkan pertolongan ruh agong dan dalam situasi yang sama bermohon dijauhi dari ruh yang tidak baik.

Hakikatnya, ruh jahat atau baik yang dimaksudkan oleh orang Indian itu merupakan makhluk halus dari jenis jin. Percaya atau tidak, makhluk halus di dunia ini hanya dua sahaja iaitu malaikat yang diciptakan dari nur dan kedua jin yang dijadikan dari unsur api. Dr. Salah al-Khalidi dalam “al-Qasas al-Qur’ani” menyatakan bahawa malaikat dan jin merupakan makhluk alam ghaib, iaitu ghaib dari alam nyata manusia sahaja. Manusia tidak melihat mereka dengan mata kasar tetapi mereka hidup dan wujud di sekeliling kita.

Tambahnya lagi, asal-usul jin dari “al-Samum” seperti penjelasan surah al-Hijr, ayat 27, maksudnya; “Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”. Hakikat “api yang sangat panas” itu disebut dalam al-Quran sebagai “al-Samum”. “al-Samum” pula terbentuk dari “al-Marij” iaitu gabungan dua juzuk api. Pertama; diambil dari satu juzuk yang terakhir dari kepanasan api yang mengeluarkan sinaran api dan kedua, juzuk asap hitam yang dijulang api marak. Intergrasi kedua-dua juzuk inilah diciptakan jin.

Menurut keterangan “Ensiklopedia Islam” golongan malaikat semuanya baik belaka, taat, beriman dan tidak sekali mengganggu manusia, malah mendatangkan rahmat. Manakala golongan jin terbahagi kepada dua; jin beriman dan kedua jin kafir yang disebut juga syaitan dan iblis yang tentunya membuat kacau dan memperdaya manusia dari hidayat Allah. Justeru, mitos mistik orang Indian itu berkait rapat dengan anutan kuasa ghaib yang bertentangan dengan Islam.

Pembakaran seumpama colok dan kemenyan untuk mendapatkan asap sebenarnya mengandungi elemen penyeruan makhluk halus kerana unsur asap sinonim dengan kejadian jin. Dikatakan bahawa jin bukan sahaja makan sisa tulang dan makanan tetapi juga begitu teruja dengan asap.

Sehubungan itu, tidak jauh kebenarannya jika Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus dalam satu ceramahnya berseloroh bahawa orang yang hisap rokok perlu hati-hati kerana asap yang dihasilkan itu mampu menarik minat jin. Katanya; “Jin dijadikan dari asap dan makan dari unsur asap seperti manusia dijadikan dari tanah yang makan dari unsur kejadian tanah. Maka orang yang hisap rokok sebenarnya kawan jin”. Kenyataan ini memberikan signal tersirat apakah pengaruh asap yang menjadi makanan jin ini juga salah satu faktor menyulitkan usaha “menalak tiga” rokok. Keadaan ini membuat perokok begitu liat dan sukar memberikan keikhlasan suci untuk membuang jauh-jauh tabiat rokok.

Namun, saya yakin niat perokok bukan mendampingkan diri dengan jin. Mereka menyalakan rokok semata-mata mendapatkan kenikmatan candu dalam kandungan asap rokok. Dalam cita-cita perokok asap itu adalah kemuncak kelazatan. Tiada rokok tanpa asap. Banyak benda lain yang berasap tapi tidak seindah rokok.
Sebab itu soal hubungan jin, pembaziran duit dan efek racun dalam rokok yang disahkan pakar perubatan mengandungi lebih kurang 4000 racun yang membawa penyakit tahap berbahaya dan maut sehingga laporan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 4.9 juta manusia mati setahun akibat rokok merupakan perkara sampingan, malah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi perokok. Mereka rela apa saja demi rokok!

Suatu perkara sampingan yang perlu disentuh berkaitan asap dalam kesempatan itu juga ialah fatwa Jabatan Mufti Melaka menegaskan jika asap yang dihasilkan samada dari rokok, colok dan kemenyan dalam bentuk perbomohan, penyeruan dan perubatan tradisional dengan maksud mendampingi dan meminta bantuan makhluk ‘ghaib’ adalah bercanggah dengan akidah Islam.

Sejarah kepesatan perusahaan tembakau secara jelas disaksikan apabila ahli korporat besar bernama Rodrigo De Jares merintis perniagaan tembakau, khususnya perusahaan rokok di Cuba. Pada tahun 1556-1558 rokok mula diperkenalkan ke Perancis, Sepanyol dan Portugal sehingga tersebarlah ke seluruh dunia.

Dilaporkan, selepas orang-orang Sepanyol berjaya mempromosikan tembakau ke Eropah, terutama kepada golongan bangsawan British yang menghisap tembakau dengan paip pada waktu rehat telah melonjakan aktiviti penanaman tembakau sebagai komuniti ekonomi negeri-negeri jajahan British yang bermula di Amerika Utara.

Usaha kapitalis melalui selendang imperealis semakin berjaya. Pada tahun 1630-an hasil tembakau memberikan loba besar bagi negeri Virginia. Akibatnya, fenonema tembakau tidak dapat disekat lagi, kian pesat pada abad ke-17.

Serentak dengan itu, pedagang Eropah memperkenalkan tembakau ke seluruh Asia dan Afrika. Kemudian dalam abad ke 19 orang-orang Sepanyol memperkenalkan cerut ke Asia melalui tanah Filipina dan kemudian ke Rusia dan Turki serta tidak terkecuali ke dalam negeri-negeri Islam, terutama tanah jajahan mereka.

Dr. Yusuf al-Qardawi dalam ‘Fatawa Mu’asarah’ dan mantan Syeikh al-Akbar Mesir, Jad al-Haq Ali Jad al-Haq dalam fatwanya mengatakan tembakau dan rokok masuk ke bumi umat Islam lewat ke-11 Hijrah, khususnya di Maghribi, Sudan, kemudian berkembang ke negeri-negeri lain. Ertinya, selama 100 tahun umat Islam tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan tembakau, apatahlagi rokok.

Justeru, aneh sekali umat Islam di negara ini yang masih koma dengan hakikat rokok. Sehingga kini, masih ramai yang menyangka sigaret muncul dari sejarah melayu silam. Mereka merumuskan demikian kerana tembakau yang dilihat begitu sinonim dengan kebudayaan melayu sejak berzaman menggunakan sireh, buah pinang dan daun nipah merupakan salah satu tumbuhan asli tropika yang tumbuh di rantau ini.

Ini satu kekeliruan. En. Mohd Fakri bin Mohd Noor, PRO Lembaga Tembakau Negara, Kota Bharu Kelantan yang telah berkhidmat hampir 20 tahun berkata tembakau bukan tumbuhan asal rantau ini. Tumbuhan tembakau seperti juga getah dibawa masuk ke Tanah Melayu seringi penjajahan Inggeris.
Sumber Lembaga Tembakau Negara melaporkan industri tembakau di Malaysia bermula dengan tembakau cerut yang ditanam secara meluas di Sabah sejak awal abad kesembilan belas, setelah didapati penanamannya berjaya diusahakan pada tahun 1883. Pada satu ketika ianya menarik minat lebih dari lima puluh pengusaha dari Eropah dan mencapai nilai eksport sebanyak RM2 juta pada tahun 1902.

Selepas perang dunia kedua, khususnya di tahun 1959 usaha meningkatkan tanaman tembakau telah dilaksanakan secara serius. Di pertengahan 1970-an pula penanaman tembakau berkembang maju di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang dan lain-lainnya di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Berdasarkan fakta di atas menunjukkan industri tembakau dan rokok mempunyai hubungan yang erat dengan gerakan penjajahan barat ke atas bumi umat Islam, khususnya Yahudi melalui dasar kapitalisme.

Kegilaan kapatilis yang didalangi oleh golongan elit Yahudi yang mementingkan kekayaan semata-mata mengenepikan soal moral sama sekali. Mereka tidak mempersoalkan langsung keburukan rokok, malah mengeksplotasi dari elemen ketagihan rokok sebagai aset melariskan perniagaan rokok. Adapun penjajahan tidak lebih dari wasilah demi merealisasikan matlamat itu.

Kemunculan rokok hakikatnya membawa malapetaka dan kemusnahan besar kepada dunia samada barat dan timur. Namun kapitalis tidak memperdulikan kesan itu kepada manusia walaupun usaha-usaha pengharaman penanaman tembakau dan rokok dijalankan pemerintah. Mereka sentiasa melancarkan propaganda tentang keistimewaan rokok yang didakwa mampu melancarkan darah, memenangkan tekanan darah, baik untuk usus dan sebagainya.

Menurut fakta buku “Rokok Haram atau Makruh dan Penawar atau Pembunuh” yang ditulis oleh Muhammad Abu Faroq al-Athari menyebut bahawa Raja Inggeris bernama Jims 1 mengambil langkah drastik mengharamkan rokok. Raja ini juga melancarkan operasi besar-besaran memusnahkan tembakau secara habis-habisan serta mengeluarkan satu perintah berupa undang-undang pengharaman rokok pada tahun 1604M.

Isnin, 17 November 2008

KITA YANG TELAH GAGAL

bh131108

Hari ini Berita Harian melaporkan kenyataan dari Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Ibrahim Lembut yang mendedahkan kes ibu tunggal yang terpaksa melacur demi menyara anak-anak. Pendedahan yang dibuat di Seminar Isu-isu Mahkamah Syariah ke-10 di UIAM itu sepatutnya mengejutkan kita dari tidur dan menyedari segera bahawa masyarakat sudah berada di dalam keadaan yang paling teruk pada masa kini di negara yang tercinta ini.

Walau apapun alasan yang digunakan untuk menghalalkan tindakan ini, termasuklah untuk menyara anak-anak, perbuatan melacur tentulah satu langkah yang tidak boleh dimaafkan. Biarpun kaedah fiqh ada menyebut `sesuatu itu dinilai dengan tujuannya’ tetapi ia dikecualikan apabila perbuatan itu ialah maksiat. Maka pelacuran adalah sesuatu yang amat keji bahkan tidak mempunyai ruang untuk dihalalkan di atas apa jua alasan sekalipun.

Mungkin kita boleh berkata demikian, tetapi di dalam keadaan si ibu yang terdesak akibat kelalaian pihak suami menyediakan nafkah untuk anak-anak, itulah dia satu-satunya jalan keluar yang dapat diambil. Namun, di manakah instituti masyarakat yang bertanggungjawab? Siapa jua yang kita tudingkan jari, hakikatnya kita telah gagal menyediakan satu ruang selesa untuk rakyat Malaysia bernafas dengan lega di bumi ini.

Pemimpin-pemimpin ke mana? Pimpinan wanita dalam masyarakat pula tidak tergerakkan hati membaca isu ini? Atau masih sibuk bercakaran merebut kuasa? Nampaknya sehingga bulan Mac 2009, kita hanya akan menyaksikan episoh perebutan kuasa yang tidak berkesudahan dan juga adegan-adegan pergaduhan yang berpanjangan ekoran kerakusan mencari kedudukan dan pangkat.

Dalam kesibukan itulah, kita terlepas isu-isu seperti ini. Kita telah gagal mendidik rakyat menjadi rakyat yang mementingkan maruah dan harga diri. Sehingga untuk menyara anak-anak untuk hidup, pelacuran dipilih sebagai jalan keluar. Barangkali zaman sekarang hampir mustahil mencari pemimpin seperti Umar yang menggalas beban di tengah malam hanya untuk memberikan makan kepada seorang wanita yang tidak mempunyai bahan makanan untuk anak-anaknya!

PEMBUKA LORONG KEPADA NERAKA

Allah SWT mengingatkan mengenai kejayaan sebenar seorang hamba iaitu apabila ia telah selamat dari azab neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Yang bermaksud : "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah Ali Imran, ayat 185)

Ayat ini jelas menyatakan bahawa kejayaan yang sebenar bukanlah apabila seseorang itu mendapat harta yang bertimbun-timbun, tidak juga apabila memenangi pilihan raya, dan apa jua kemegahan yang manusia dambakan di dunia. Tetapi kejayaan yang sebenar ialah apabila manusia dapat menyelamatkan diri daripada api neraka dan sekali gus melayakkan diri untuk menghuni syurga Allah SWT. Inilah kejayaan yang besar. Sesungguhnya kejayaan inilah yang benar-benar didambakan oleh manusia apabila tibanya mereka di hadapan Allah SWT.

Sesungguhnya akan tiba juga saat di mana penghuni neraka akan mengemis setitis air daripada penghuni syurga yang barangkali penghuni syurga inilah golongan yang sering kali mereka tindas dan keji ketika berada di dunia. Firman Allah SWT :

وَنَادَى أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى الْكَافِرِينَ

Yang bermaksud : "Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: " limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang Telah dirizkikan Allah kepadamu". mereka (penghuni surga) menjawab: "Sesungguhnya Allah Telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir." (Surah al-A’raf: 50)

Lantas apakah sebab-sebab yang menjerumuskan seseorang itu ke dalam neraka. Ketahuilah, sesungguhnya penghuni neraka itu terbahagi kepada dua golongan yang memasuki neraka kerana sebab-sebabnya yang tersendiri. Kategori pertama ialah mereka yang akan menghuni neraka buat selama-lamanya. Mereka ialah :

1. Orang-orang yang syirik kepada Allah SWT samada dari sudut uluhiyah, rububiyah atau sifat. Tidak ada ruang kemaafan bagi golongan seperti ini apabila berdepan dengan Allah SWT. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT :

إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

Yang bermaksud : "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, Maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun." (Surah al-Maidah, ayat 72)

2. Kufur sama ada kepada Allah SWT, malaikat, para rasul, hari kiamat, kitab-kitab Allah atau qadha’ dan qadr daripada Allah SWT. Mengkufurkan salah satu daripada perkara-perkara ini dianggap sebagai menolak satu satu asas iman. Firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا* أُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

Yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud membezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. kami Telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan." (Surah an-Nisa’, ayat 150-151)

3.

Mengingkari kefardhuan salah satu daripada rukun-rukun Islam dengan menyatakan bahawa ia tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Demikian juga dengan mengingkari pengharaman perkara-perkara yang jelas haram melalui nas yang sahih serta ijma’ muslimin seperti mengingkari pengharaman zina, arak, mencuri dan sebagainya. Mengingkari kefardhuan dan pengharaman yang jelas ini boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam. Namun sekiranya ia mengingkari dengan sebab kejahilannya semata-mata, ia masih belum dikategorikan sebagai keluar daripada Islam.
4. Pempermainkan ketetapan atau apa jua yang berkaitan dengan Allah SWT samada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan. Pelakuan ini boleh menyebabkan tergelincirnya aqidah dan menjadi pelorong untuk terjun selama-lamanya di dalam neraka. Firman Allah SWT :

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ* لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ

Yang bermaksud : "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta maaf, Karena kamu kafir sesudah beriman. jika kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), niscaya kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa." (Surah at-Taubah, ayat 65-66)

5. Mencela Allah SWT, agama yang diturunkanNya atau nabiNya. Samada ia dilakukan dengan iktikad atau hanya sekadar permainan kata sahaja, ia tetap dikira sebagai satu dosa yang besar. Bahkan menyebabkan orang lain mencela Allah SWT pun ditegah apatah lagi sekiranya diri sendiri yang mencela. Firman Allah SWT

وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Yang bermaksud : "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan." (Surah al-An’am, ayat 108)

6. Menghukum dengan selain daripada hukum Allah dengan keyakinan bahawa hukum manusia lebih baik daripada hukum Allah SWT. Firman Allah :

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Yang bermaksud : "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah, ayat 44)

Adapun golongan yang tidak berhukum dengan hukum Allah kerana kejahilan atau kepentingan tertentu dengan tetap yakin bahawa hukum Allah jualah yang terbaik tidaklah tergolong sebagai golongan yang terkeluar daripada Islam. Namun ia tidak dimasukkan ke dalam golongan fasik atau zalim berdasarkan firman Allah dalam dua ayat selepasnya.

7. Orang-orang munafik iaitu yang menzahirkan Islam tetapi kufur di dalam hati mereka. Golongan ini lebih merbahaya daripada orang-orang kafir itu sendiri. Firman Allah SWT :

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka."

Demikianlah sebahagian golongan yang akan menghuni neraka selama-lamanya. Manakala kategori kedua pula ialah golongan yang menghuni neraka dengan sementara. Mereka ini ialah orang-orang Islam yang sempurna akidahnya tetapi bergelumang dengan dosa-dosa yang tidak diampunkan melainkan perlu dihukum di dalam neraka terlebih dahulu. Tempoh masa menjalani hukuman tersebut hanya diketahui oleh Allah SWT. Walaupun hanya sementara, tetapi hukuman ini tetap merupakan satu hukuman yang berat dan menyiksakan. Di antara golongan yang disebut sebagai penghuni neraka sementara itu ialah :

1. Penderhaka kepada kedua ibubapa. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari berbunyi :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْكَبَائِرُ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ قَالَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ ثُمَّ عُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ

Yang bermaksud : "Daripada Abdullah bin Umar RA berkata datang seorang badwi kepada Nabi SAW lalu bertanya, wahai Rasulullah, apakah dia dosa-dosa besar? Rasulullah SAW menjawab, syirik kepada Allah. Dia bertanya lagi, kemudian apa? Rasulullah SAW menjawab, menderhakai kedua ibubapa." (Hadis riwayat Bukhari)

2. Memutuskan hubungan silaturrahm. Ini juga dianggap sebagai dosa yang serius kerana boleh mengakibatkan hururara yang berpanjangan di dalam masyarakat. Nabi SAW bersabda :

لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ

Yang bermaksud : "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silatturahm)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah SWT juga berfirman :

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ* أُولَئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَارَهُمْ

Yang bermaksud : "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka Itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka." (Surah Muhammad: 22-23)

Kadang-kadang ada di antara individu masyarakat yang hanya akan menyambung hubungan silaturrahm dengan orang yang berusaha menyambungkannya dengan mereka. Jila tiada inisiatif dari orang lain, maka dia sendiri tidak akan bergerak untuk memulakannya. Ini adalah satu sikap yang salah. Rasulullah SAW bersabda :

لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنْ الْوَاصِلُ الَّذِي إِذَا قُطِعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا

Yang bermaksud : "Tidaklah yang menyambungkan silaturrahm itu orang-orang yang merasa cukup dengan apa yang ada, tetapi yang menyambungkan itu ialah orang-orang yang apabila terputus hubungan, akan berusaha menyambungkannya." (Riwayat Bukhari, Abu Daud dan Ahmad)

3. Memakan riba yang dianggap satu perang kepada Allah dan RasulNya. Firman Allah SWT :

فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Yang bermaksud : "Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." (Surah al-Baqarah: 279)

Firman Allah SWT lagi :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ* وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ* وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir. Dan taatilah Allah dan rasul, supaya kamu diberi rahmat." (Surah ali Imran, ayat 130-132)

4. Makan harta anak yatim sebagaimana firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

Yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)". (Surah an-Nisa’ ayat 10)

5. Penyaksian bohong. Ini kerana penyaksian seorang mukmin ialah sesuatu yang mulia. Maka mencemarkan kemuliaan ini dianggap sebagai satu dosa yang serius. Oleh yang demikian hendaklah setiap mukmin berhati-hati memberikan penyaksian terhadap apa jua perkara samada penyaksian berbentuk kata-kata atau tulisan. Rasulullah SAW bersabda :

لَنْ تَزُولَ قَدَمَا شَاهِدِ الزُّورِ حَتَّى يُوجِبَ اللَّهُ لَهُ النَّارَ

Yang bermaksud : "Tidak akan berganjak kaki penyaksi yang bohong kecuali Allah akan mewajibkannya masuk ke neraka" (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim dengan katanya, hadis ini sahih isnad)

6. Rasuah, khususnya dalam penghakiman agar memihak kepadanya sekalipun ia berada di pihak yang salah. Nabi SAW bersabda :

الرَّاشِي والْمُرْتَشِي فِي النّار

Yang bermaksud : "Orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah, berada di dalam neraka." (Riwayat Tabrani dengan perawi-perawi yang thiqat) Nasiruddin al-Bani menyatakan hadis ini dhaif namun beliau mensahihkan satu hadis lain iaitu : Allah SWT melaknat pemberi dan penerima rasuah.

7. Sumpah bohong khususnya yang mengkhianati hak orang lain. Nabi SAW bersabda :

مَنْ اقْتَطَعَ مَالَ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينٍ كَاذِبَةٍ لَقِيَ اللَّهَ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانُ

Yang bermaksud : "Sesiapa yang mengkhianati harta seseorang muslim dengan sumpah yang bohong, akan berjumpa dengan Allah SWT dalam keadaan Allah marah kepadanya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Menghakimi sesuatu tanpa maklumat yang jelas atau dengan sikap memihak. Rasulullah SAW bersabda :

الْقُضَاةُ ثَلاثَةٌ وَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ وَاثْنَانِ فِي النَّارِ فَأَمَّا الَّذِي فِي الْجَنَّةِ فَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَقَضَى بِهِ وَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَجَارَ فِي الْحُكْمِ فَهُوَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ قَضَى لِلنَّاسِ عَلَى جَهْلٍ فَهُوَ فِي النَّارِ

Yang bermaksud : "Hakim itu ada tiga golongan. Satu golongan ke syurga dan dua golongan ke neraka. Adapun yang ke syurga ialah orang yang mengetahui kebenaran dan memutuskan dengannya. Kedua ialah yang mengetahui kebenaran tetapi melanggarnya maka ia ke neraka dan ketiga yang menghakimi dengan kejahilan, dia juga akan ke neraka." (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh al-Albani)

9. Pemimpin yang menggunakan kuasa untuk menindas dan menipu rakyat berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Yang bermaksud : "Tidak ada mana-mana hamba yang diamahkan oleh Allah untuk menjaga rakyatnya lalu mati dalam keadaan ia membohongi rakyatnya kecuali Allah mengharamkannya untuk ke syurga." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah sebab-sebab yang boleh menjerumuskan seseorang ke neraka. Marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhi daripada sifat-sifat yang disebutkan di atas.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com