RADIO DARULBAYAN

Selasa, 7 Oktober 2008

Semoga Kemenangan Permatang Pauh Satu Kemenangan Kepada Islam

Sebentar tadi bertalu-talu sms hadir ke telefon bimbit saya mengesahkan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Walaupun kemenangannya sudah dijangka awal sebaik saja masa pengundian tamat, namun mendapat majoriti sehingga 15 ribu ialah satu kejayaan yang di luar dugaan sama sekali. Ditambah dengan jentera kerajaan bekerja sepenuhnya serta jampi serapah pak-pak menteri yang tidak putus-putus turun di Permatang Pauh, majoriti mengatasi pilihan raya umum yang lalu benar-benar merupakan satu kemenangan yang cukup bergaya.

Hilang sudah segala ‘peluang cerah’ yang dihebohkan oleh Najib, demikian juga ‘yakin menang’ oleh Ariff Shah juga turut hanyut bersama senarai angka bertuahnya, jelas sekali rakyat sudah berada di kemuncak tertinggi kebencian terhadap kerajaan UMNO/BN sehingga pilihan raya kecil ini menyaksikan majoriti kekalahan buat UMNO/BN yang tertinggi di dalam sejarah Malaysia. Pilihanraya kecil yang biasanya menyaksikan kelebihan kepada kerajaan hari ini melakar rekod yang sama sekali tidak diduga. Mungkin sekiranya Anwar yang bertanding di dalam pilihanraya umum yang lalu, majoriti melebihi 20 ribu tidak sukar untuk dicapai.

Tidaklah dapat dipastikan apakah tajuk berita utama yang akan terpampang di dada-dada akhbar esok hari. Mungkinkah ‘Ariff Shah Kalah Tipis’ atau ‘Keganasan Pembangkang Punca UMNO Kalah’atau juga ‘Anwar GAGAL Meraih Majoriti 20 Ribu’. Entahlah, sifir akhbar-akhbar yang meloyakan ini sukar untuk ditelah dengan akal logik dan rasional. Mungkin juga berita Permatang Pauh ini akan menjadi lebih kecil dari Senyum Kambing, tidak mustahil dalam arena kewartawanan di Malaysia. Entahlah apa pula perasaan Saiful Mubahalah dan Ezam pada saat ini.

Apa pun, dalam kegembiraan menyambut kemenangan ini yang mungkin sekali akan merebak ke Putrajaya, apakah ia memberikan kredit kepada ketuanan Islam? Di dalam keadaan hubungan ‘kahwin tidak mesra’ PAS dan DAP sebagaimana hari ini, apakah natijah yang akan dicetuskan oleh kemenangan di Permatang Pauh hari ini?

Seorang pejuang tentu sekali tidak hanya sekadar berpuas hati dengan sebuah kemenangan di dalam pilihan raya, kerana ia hanya berpuas hati apabila kemenangan itu memberikan sumbangan kepada perjuangan yang didokong selama ini. Fikirkanlah sewaktu masa masih berbaki….

TAHNIAH2 AZHAR AKHIRNYA KAHWIN JUGAK NGAN ZAM TU.....

21 Ogos 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang alumni KIAS, Ustazah Rosmanizam binti Ramli dan Ustaz Mohd Azhar bin Alias yang telah diijabkabulkan hari ini. Mereka berdua merupakan bekas mahasiswa KIAS Jabatan Usuluddin Sesi 2000/2003 dan telah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir. Azhar kini merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Dato Seri Wan Mohamad, Perak manakala Rosmanizam juga seorang guru di SMU (A) Saniah, Pasir Puteh, Kelantan. Majlis kesyukuran telah diadakan di rumah Rosmanizam hari ini di Pasir Puteh. Tahniah diucapkan dan semoga berbahagia hingga ke akhirat.

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT MAHADI DAN WAN SHUHANA

2 Oktober 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang bekas pelajar KIAS, Ustaz Mahadi Nawawi danUstazah Wan Suhana binti Wan Ismail yang telah diijabkabulkan hari ini. Mereka berdua merupakan bekas pelajar KIAS Jabatan Syariah sesi 2001-2004 dan merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir. Mahadi kini merupakan seorang ahli perniagaan manakala Suhana pula bertugas sebagai seorang guru. Majlis perkahwinan diadakan di rumah Suhana hari ini di Kg. Tok Malek, Wakaf Bharu manakala majlis menyambut menantu akan diadakan di rumah Mahadi pada 4 Oktober nanti. Kedua-duanya merupakan bekas pimpinan Persatuan Mahasiswa KIAS (PMKIAS). Tahniah diucapkan.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com