RADIO DARULBAYAN

Jumaat, 10 Oktober 2008

NOTA BUAT GADIS....

Duhai gadis! Dengarlah keagungan kalimah Al-Quran. Redhalah ajaran Muhammad saw menyusup masuk ke kalbu hatimu. Keindahannya tersembunyi dalam fikiranmu, akan menambah seri pada wajahmu. Umpama bunga mawar yang indah mekar. Meninggalkan pewanginya walau kelopaknya sudah layu.

Duhai gadis! Dalam usia remajamu; bila mata jejaka memandangmu dengan tajam , naluri wanitamu akan menyerlah maksud kerlingan mereka. Kawallah dirimu dengan melabuhkan jilbabmu. Hindarkan bisikan syaitan dari luar dan dalam hatimu. Mintalah perlindungan dari Tuhanmu.

Ketahuilah wahai gadis! Kamu adalah teman kepada seorang lelaki. Bukan hambanya atau orang gajinya; matlamatmu bukan sekadar memuaskan nafsunya tetapi menolongnya ketika dalam kegentingan hidup dan menghiburkannya dengan belaian kasihmu.

Duhai gadis ! Berterima kasihlah terhadap apa yang dicari untukmu dan buatlah hartanya seperti milikmu jua. Wanita yang beriman dan bertaqwa ialah mereka yang memenangi hati suaminya dan dia penyejuk matanya. Tangannya mencari pekerjaan di rumah dan tidak suka merantau dengn sia-sia di luar jalan raya. Percakapannya merdu, kata-katanya lemah lembut, jawapannya segar. Tunduk dan patuh adalah cahaya hidupnya dan rumahnya menjadi teman keselamatan dan kegembiraan.

Gembiralah lelaki yang menjadikannya isteri dan anak-anak yang memanggilnya ibu. Dia adalah permaisuri dalam pekerjaannya dan dia perintah dengan bijaksana. Dia bangun awal pada waktu pagi dan menyahut tugasnya dengan bersungguh-sungguh; kerana kebajikan keluarga adalah satu kemegahan.

Pentadbiran dan pengurusan yang sempurna menambahkan pujian suami terhadapnya dan hati suami akan dipenuhi kepuasan. Dia menyuburkan kebijaksanaan dalam fikiran anak-anaknya dan budi pekerti mereka adalah lahir dari contoh kehidupannya. Setiap patah kata-katanya menjadi arahan yang penting dan pergerakan bola matanya melahirkan taat dan kasih anak-anaknya.

GEMBIRALAH LELAKI YANG MENJADIKANNYA ISTERI DAN GEMBIRALAH ANAK-ANAK YANG MEMANGGILNYA IBU.

Khamis, 9 Oktober 2008

Sedangkan lidah lagi tergigit



Sedangkan lidah lagi tergigit.. ini kan pula suami isteri.. itulah hakikat kehidupan bersama.. suami isteri selama duk hidup bersama pasti ada time bertengkar atau tak sependapat... ada kan? Mesti ada punya..kalau tak banyak, sikit pun mesti ada..

Biasanya, selepas laki bini bergaduh dan bertengkar, mereka pasti mahu berdamai semula.. kalau boleh, mereka nak pergaduhan itulah yang terakhir, tapi kekadang kebiasaannya, apa yang berlaku adalah sebaliknya... esok lusa balah pulak. Hmm? nak buat macammana...? yang penting ialah, usaha kita untuk menjaga keharmonian keluarga.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari semasa ke semasa ialah kerana mereka tidak menggunakan teknik yang betul untuk berdamai. Pakar komunikasi interpersonal memberi panduan untuk mencapai perdamaian yang tahan lama, antaranya ialah:

Jangan menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri meninggalkan kesan yang buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung nak menghukum antara satu sama lain, sebabnya nak memuaskan hati yang sedang sakit.

Lelaki dan wanita mempunyai cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki biasa akan “menarik diri“ dengan cara tidak mahu lagi bercakap dengan si isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. nak tunjuk kuasa la sikit kononnya..

Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah ia hanya akan mempercepatkan proses keretakkan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai... ( orang kata, masih ada sayang...) janganlah menghukum.

Jangan berdusta
Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun juga mahu berdamai, janganlah nak berdalih lak. Jangan pura-pura tidak sudi.. pura-pura tarik harga, sengaja jual mahal.. seolah-oalh kita dah membenci dia. Perbuatan macam gitu ada risikonya dan akibatnyer tau. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong untuk melupakan usaha berdamai. Ha... masa tu, barulah nak gigit jari... same jer suami ker isteri ker.. jangan buat gitu.

Jangan mencari salah
Kalau mahu untuk hidup terus bersama, berhentilah dari tabiat suka mencari salah pasangan. Perbuatan macam gitu.. mencari kelemahan kekurangan, menuduh... berleter dan mengkritik... tidak mungkin membawa penyelesaian. Ada kajian menyatakan, wanita cenderung menuduh suami bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. Betul ker? Tak jugak kan......?

Elak bahasa negatif
Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif. Tak baik.. apatah lagi kalau anak ada mendengarnyer..

Senyum semula
Kajian mendapati antara perkara yang banyak di sebut oleh lelaki terhadap bekas isteri mereka ialah janda mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah... walaupun susah bagaikan memanjat tiang bendera... kena senyum jugak..sebab... senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

Kenal pasti punca masalah
Masalah ialah punca konflik yang utama... Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat untuk di atasi, selagi itulah konflik yang sama akan berulang kali dan tercetus lagi.

Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi bagi mengelakkannya berulang pada masa depan.

Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan yang berfungsi sebagai label kepada perbuatan pasangan. Gunakan perkataan yang memperjelaskan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik.
Isteri kekadang cuma mahukan perhatian dari suami.. tetapi di salah ertikan dengan firasat suami yang pelbagai.. jadi, suami cubalah buat manja-manja degan isteri skit... takpe.. isteri suka.. takkan nak suruh isteri aje yang manja kat dia kan...??

Kenal pasti perubahan

Perjelaskan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Nak suami kita lebih cakna kat kita ker.. nak minta isteri senyum selalu ker... atau apa pun yang kita mahukan perubahan dari pasangan... beritahulah dengan jujur.
Ramai orang, apabila mahu pasangannya mengubah tingkahlaku, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan yang mempunyai banyak makna (buat ayat kiasan la pulak.. terus terang jerlah..). Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu nak dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan tuh, ibarat manusia yang boleh berceramah, tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara bagaimana berceramah dengan berkesan.!


FALSAFAH CINTA MANUSIA

Assalamualaikum..
dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Dengan memahami jenis kisah cinta kita, happy ending bukan sekadar
mimpi…nak tahu apa saja cerita cinta itu?? Jom..

1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la
bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love
never dies..yang pertama belum tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir
biasanya yg terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING
Hmm..yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan
drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan
tentang segalanya. Pasangan yg juga blh menjadi `guru', seorang yg
blh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat @ diri
kita.

3. CINTA MENGGODA
Seseorg yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan
pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia.
Tapi perbezaan status sosial yg terlalu jauh kadangkala blh membuat
salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang
kuat…mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak
Nyonya Mansor tu la…

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah `terikat'
atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat.
Dalam hal ini, `terikat' itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg
cukup sukar ditepis.

6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap
masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula
menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think
positive!

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah
menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh
itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan…

Apa yg pasti…cinta yg Agung itulah yg kekal abadi…kasih manusia
sering bermusim…sayang manusia tiada abadi…Kasih Tuhan tiada
bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti..
wassalam..."

SETELAH KAU KUPILIH - LALU KAU SETIA KUKASIH

Sayangku,
Aku mahu menjadi langit di atasmu, yang akan setia memayungimu sepanjang usia ini.
Aku mahu menjadi waktu yang akan berdetik sepanjang zaman.
Aku mahu menjadi udara yang bisa kau hirup sekalipun dibawah sedar.
Aku mahu jadi mentari dikala siang dan bulan dikala malam, yang akan setia memerhatimu.
Aku mahu menjadi nafasmu yang tidak akan mampu dihentikan oleh mana-mana kekuatan kecuali tuhan.
Aku mahu mencipta kesetiaan yang abadi. Aku mahu setia menantimu sekalipun di pintu syurga.

gembira dalam sedih...sedih dalam gembira

Assalamualaikum wrh.

Teman2 yg dikasihi sekalian...
Entahkenapa rasa hati begitu ngilu...sediih...sebak...pilu...
ngilu...kerana hati ini tidak akan lagi tercuit dgn segala telatah kalian...

sediih...kerana terpaksa berpisah jauh dgn kalian yg sememangnya sudah sebati dgn diriku ini...
sebak...bila mengenangkan betapa ukhuwwah yg tlh terbina ini akn berada dlm satu tempoh ujian...ya, ujian yg bakal menentukan sejauh mana persaksian bersama ikrar kita selama ini dapat dibuktikan atau tidak...

temanku...ku cukup bimbang bila mengenangkannya...takut bunga ukhuwwah kita yg sedang berbunga mekar ini akan menguncup layu...oh tidak! itulah yg paling ku takut...
pilu...bila memikirkan bilakah kita bisa bersua kembali di suatu hari yg lain...untuk mengulang kembali bibit2 mesra ukhuwwah kita di suatu ketika dulu...oh, adakah kalian semua masih ingat saat bercanda kita suatu hari, suatu detik, di suatu ruang yg telah Allah swt kurniakan kepada kita...demi utk mengajar kepada kita...hakikat sebuah kasih sayang dan pengorbanan!

Rasa juga gembira...kerana bakal bersua dgn ayahbonda tercinta yg telah sekian lama kutinggalkannya...family yg ku ingati slalu....Oh, ku cukup terharu bila memikirkan betapa seorang ibu tua itu yg sudah buat sekian lamanya menanti anak kesayangannya setiap kali Syawal menjelma! Maafkan anakmu ini wahai bondaku...

Tetapi...hati ini masih tidak mampu mengingati kalian semua...sehingga ia berbisik betapa keputusanku utk meninggalkan kalian seolah-olah ku melanggar sumpahku utk sehidup-semati bersama kalian...ahhh...kenapa nii...kenapa niii...
Mataku dah berair...hidungku dah mengalirkan sesuatu...teman...maafkan ku....tolong maafkan! pipiku dah basah...ada sesuatu yg menitis!!!

Teman2 dgrlah ini...
Ketahuailah semua bahawa sesungguhnya "ana Uhibbukum Fillah"
Terima kasih krn telah menghadiahkan kepadaku sekuntum bunga yg cantik lagi harum bernama 'ukhuwwah'...akan ku hirup wanginya dan akan ku cium bila ku merindui kalian semua...
Doakan diri yg kerdil lagi naif nii terus thabat memburu syahid Fi sabilillah....
Kenang daku dlm tahajjud kalian...
Ku masih tetap dalam gembira dalam kesedihan...

Selasa, 7 Oktober 2008

Semoga Kemenangan Permatang Pauh Satu Kemenangan Kepada Islam

Sebentar tadi bertalu-talu sms hadir ke telefon bimbit saya mengesahkan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Walaupun kemenangannya sudah dijangka awal sebaik saja masa pengundian tamat, namun mendapat majoriti sehingga 15 ribu ialah satu kejayaan yang di luar dugaan sama sekali. Ditambah dengan jentera kerajaan bekerja sepenuhnya serta jampi serapah pak-pak menteri yang tidak putus-putus turun di Permatang Pauh, majoriti mengatasi pilihan raya umum yang lalu benar-benar merupakan satu kemenangan yang cukup bergaya.

Hilang sudah segala ‘peluang cerah’ yang dihebohkan oleh Najib, demikian juga ‘yakin menang’ oleh Ariff Shah juga turut hanyut bersama senarai angka bertuahnya, jelas sekali rakyat sudah berada di kemuncak tertinggi kebencian terhadap kerajaan UMNO/BN sehingga pilihan raya kecil ini menyaksikan majoriti kekalahan buat UMNO/BN yang tertinggi di dalam sejarah Malaysia. Pilihanraya kecil yang biasanya menyaksikan kelebihan kepada kerajaan hari ini melakar rekod yang sama sekali tidak diduga. Mungkin sekiranya Anwar yang bertanding di dalam pilihanraya umum yang lalu, majoriti melebihi 20 ribu tidak sukar untuk dicapai.

Tidaklah dapat dipastikan apakah tajuk berita utama yang akan terpampang di dada-dada akhbar esok hari. Mungkinkah ‘Ariff Shah Kalah Tipis’ atau ‘Keganasan Pembangkang Punca UMNO Kalah’atau juga ‘Anwar GAGAL Meraih Majoriti 20 Ribu’. Entahlah, sifir akhbar-akhbar yang meloyakan ini sukar untuk ditelah dengan akal logik dan rasional. Mungkin juga berita Permatang Pauh ini akan menjadi lebih kecil dari Senyum Kambing, tidak mustahil dalam arena kewartawanan di Malaysia. Entahlah apa pula perasaan Saiful Mubahalah dan Ezam pada saat ini.

Apa pun, dalam kegembiraan menyambut kemenangan ini yang mungkin sekali akan merebak ke Putrajaya, apakah ia memberikan kredit kepada ketuanan Islam? Di dalam keadaan hubungan ‘kahwin tidak mesra’ PAS dan DAP sebagaimana hari ini, apakah natijah yang akan dicetuskan oleh kemenangan di Permatang Pauh hari ini?

Seorang pejuang tentu sekali tidak hanya sekadar berpuas hati dengan sebuah kemenangan di dalam pilihan raya, kerana ia hanya berpuas hati apabila kemenangan itu memberikan sumbangan kepada perjuangan yang didokong selama ini. Fikirkanlah sewaktu masa masih berbaki….

TAHNIAH2 AZHAR AKHIRNYA KAHWIN JUGAK NGAN ZAM TU.....

21 Ogos 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang alumni KIAS, Ustazah Rosmanizam binti Ramli dan Ustaz Mohd Azhar bin Alias yang telah diijabkabulkan hari ini. Mereka berdua merupakan bekas mahasiswa KIAS Jabatan Usuluddin Sesi 2000/2003 dan telah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir. Azhar kini merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Dato Seri Wan Mohamad, Perak manakala Rosmanizam juga seorang guru di SMU (A) Saniah, Pasir Puteh, Kelantan. Majlis kesyukuran telah diadakan di rumah Rosmanizam hari ini di Pasir Puteh. Tahniah diucapkan dan semoga berbahagia hingga ke akhirat.

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT MAHADI DAN WAN SHUHANA

2 Oktober 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang bekas pelajar KIAS, Ustaz Mahadi Nawawi danUstazah Wan Suhana binti Wan Ismail yang telah diijabkabulkan hari ini. Mereka berdua merupakan bekas pelajar KIAS Jabatan Syariah sesi 2001-2004 dan merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir. Mahadi kini merupakan seorang ahli perniagaan manakala Suhana pula bertugas sebagai seorang guru. Majlis perkahwinan diadakan di rumah Suhana hari ini di Kg. Tok Malek, Wakaf Bharu manakala majlis menyambut menantu akan diadakan di rumah Mahadi pada 4 Oktober nanti. Kedua-duanya merupakan bekas pimpinan Persatuan Mahasiswa KIAS (PMKIAS). Tahniah diucapkan.

Rabu, 11 Jun 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN

Template by : kendhin x-template.blogspot.com